Thursday, December 10, 2009

siapa aku III

Kini zaman sekolah telah lama tamat. Segulung ijazah sudah pun aku perolehi. Kerja pun cukup untuk aku hidup tanpa menyusahkan orang lain. Kasut gelas bertumit tinggi itu pun sudah dalam genggaman aku. Sudah pun masuk tahun ke-enam...

Dalam blog in akan aku coretkan kisah-kisah memori, masa kini, dan masa hadapan.

siapa aku II

... hakikatnya aku adalah seorang budak lelaki.


Semasa di sekolah rendah, pakaian kegemaranku adalah sepasang jubah yang dihadiahkan oleh makcik ku yang baru pulang dari Mekah. Itulah yang pakaian yang paling dekat rupanya dengan gaun yang dipakai oleh Cinderella dalam filem animasi Walt Disney itu yang pernah aku miliki . Sekurang-kurangnya itulah pandangan aku yang baru berumur sekitar 7 tahun. Akan tetapi, aku pernah juga curi-curi memakai gaun adik perempuanku dan kasut tumit tinggi ibuku, hakikatnya pakaian itu bukan milikku yang mutlak.


Bila mengenakan jubah itu aku rasa akulah yang paling cantik. Baju jubah itu aku basuh setiap hari supaya aku boleh memakainya setiap malam untuk pergi mengaji di rumah seorang nenek berhampiran istanaku (yang sebenarnya hanyalah sebuah flat DBKL sahaja). Pergi mengaji, bagiku adalah seperti menghadiri majlis sosial.Memang padanlah aku tak qatam-qatam mengaji di situ. Haruslah ketibaanku menjadi buah mulut rakan sebayaku, lebih-lebih lagi yang tidak pernah melihat seorang budak lelaki yang memakai jubah. Aku tidak hiraukan jelingan dan umpatan mereka. Yang aku tahu akulah yang paling cantik. Tetapi perasaan itu tidak kekal. Aku sering diejek di sekolah. Pondan, bapok, maknyah, semua itu nama keduaku di sekolah. Situasi itu menjadikan aku stress. Tapi itu tidak memadamkan semangat ku untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah.

...bersambung

siapa aku I

Tahun 1990. Itulah pertama kalinya aku menonton kartun Cinderella bersama kakak dan adik perempuanku. Ketika itu aku berumur 5 tahun. Aku terpesona dengan kecantikan Cinderella. Gerak gaya yang lemah lembut dan ketabahannya mengharungi hidup.

Semenjak itu aku yakin, akulah sinderalela Malaysia. Aku yakin akulah pemilik kasut tumit tinggi kaca itu. Aku percaya suatu hari nanti, seorang jejaka tampan akan hadir di sisiku.


...bersambung.